Tuesday, 11 December 2012

HARRIS DIFITNAH SEBAGAI GILA KUASA

"Jika Datuk Harris seorang yang gilakan kuasa, sudah pasti dia tidak akan keluar dari USNO dulu kerana waktu itu dia adalah seorang menteri. Dua kali dia keluar sebagai menteri. Kemudian, apabila dia terpilih sebagai Presiden BERJAYA, senang-senang dia akan jadi Ketua Menteri pertama parti itu apabila berkuasa dulu. Tetapi dia tidak berbuat demikian sebaliknya dia serahkan jawatan itu kepada Tun Fuad".
A.R.Kamaludin


Datuk Harris Salleh

Jom, kita imbas kembali sejarah Datuk Harris....
Semasa dalam pemerintahan USNO dahulu, Datuk ini telah dua kali berhenti dari Kabinet Kerajaan parti itu. Beliau bertindak begitu kerana tidak mahu jadi  "YES MAN" kepada semua rancangan pemimpin-pemimpin tertinggi USNO dan kerajaan USNO dan Syed Kechik pada waktu itu. Datuk Harris dikatakan telah melihat penyelewengan, melihat segala yang tidak betul sedang berlaku dalam pentadbiran USNO. Beliau keluar USNO kerana tidak mahu bersama-sama memikul dosa terhadap rakyat, terhadap negeri. Apabila Parti BERJAYA ditubuhkan, Datuk Harris merupakan presiden yang pertama. Beliau boleh mempertahankan kedudukannya ketika itu kalau beliau mahu, kerana sudah pasti beliau akan jadi Ketua Menteri. Tetapi itu tidak dilakukannya. Beliau menyerahkan jawatan itu kepada seorang yang lebih layak, lebih berpengalaman dan lebih dewasa daripadanya: Allahyaraham Tun Fuad. Sebab itulah Allahyarahan Tun Fuad menjadi Ketua Menteri pertama Kerajaan BERJAYA apabila parti itu menumpaskan USNO dalam pilihanraya bersejarah 15 April 1976 dahulu. Padahal, kalau Datuk Harris tidak menyerahkan jawatan presiden parti itu kepada Allahyaraham Tun Fuad, sudah pasti beliau menjadi Ketua Menteri. Datuk Harris hanya menjadi Ketua Menteri setalah Tun Fuad meninggal dunia dalam tragedi kapal terbang.
Pada zaman pemerintahan USNO, rakyat bukan sahaja takut hendak bercakap politik, menubuhkan parti politik malah untuk bertanding pilihanraya pun belum tentu selamat. Sesiapa sahaja yang bertindak menentang USNO sudah pasti akan dihumban masuk ke dalam penjara Kepayan. Kebebasan dan hak demokrasi itu mulai bercambah dikalangan rakyat Sabah semasa dalam pemerintahan Datuk Harris. 

Saturday, 8 December 2012

RAKYAT SABAH UNDI SIAPA PRU 13?

"Apakah peranan dan tanggungjawab pemimpin dalam menjaga kepentingan rakyat yang dipimpinnya? Dan selepas itu, apakah pula peranan dan tanggungjawab rakyat dalam menyokong perjuangan pemimpin yang berjuang untuk mempertahankan kepentingan rakyat?" 

Rakyat Negeri Sabah tentulah tidak lupa akan sejarah lampau arus politik yang berlaku di Sabah. Ada pemimpin negeri yang sememangnya sanggup menempuh pelbagai cabaran sehingga menyusahkan diri dan keluarga sendiri demi memperjuangkan nasib dan masa depan rakyat. Namun, ada juga pemimpin yang telah mengkhianati rakyat semata-mata untuk kepentingan/ agenda peribadi. Ada dikalangan pemimpin-pemimpin Sabah yang suatu ketika dahulu meringkuk dalam tahanan atas tuduhan-tuduhan palsu yang tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Pelbagai epik yang menarik dalam sejarah politik di Sabah yang seharusnya dijadikan panduan oleh Rakyat Sabah untuk memilih pemimpin yang terbaik dalam PRU 13 yang akan datang.   

SEJARAH POLITIK SABAH

Pakcik yang bercerita melalui link ini ada kebenarannya,...memang benar pun...

Berbalik kita pada sejarah politik di Sabah....pemimpin terdahulu...

Melalui senarai ini, kita dapat memadankan nama pemimpin dengan fakta sejarah politik Sabah bermula dengan Isu Kedudukan Sabah dalam Pembentukan Malaysia, Hak Perlindungan dan Jaminan Sabah dalam Pembentukan Malaysia, 20 Perkara, Borneonisasi, Penubuhan pelbagai parti politik di Sabah dan isu-isu semasa politik yang sedang berlangsung di Sabah sekarang.

Antara persoalan-persoalan yang perlu ada di fikiran Rakyat Sabah ialah:

1. Siapakah yang membawa Sabah masuk ke dalam Pembentukan Malaysia?
2. Bila Hari Malaysia?
3. Apakah perkara yang pemimpin terdahulu telah usulkan dan telah tersurat dalam perjanjian penyertaan     
    Sabah masuk Malaysia untuk menjaga hak-hak  dan kepentingan anak watan Sabah? 
4. Siapa pemimpin Sabah yang bertanggungjawab terhadap kemasukan UMNO ke Sabah?
5. Siapa pemimpin Sabah yang berani keluar dari BN kerana tidak puas hati dengan cara layanan  
    Persekutuan terhadap kerajaan negeri? 
6. Parti Politik manakah yang pernah memenangi PR negeri tetapi akhirnya tewas disebabkan kelicikan tipu  
    muslihat Kerajaan Persekutuan?
7. Siapakan pemimpin Sabah yang berhutang judi?
8. Siapakah pemimpin Sabah yang pernah menjadi kambing tambatan kerajaan persekutuan di sekitar tahun  
    80-an?
9. Siapakah pemimpin Sabah yang paling lama memegang jawatan KETUA MENTERI?
10. Siapa pemimpin Sabah yang benar-benar telah memperjuangkan aspirasi rakyat Sabah?