"Jika Datuk Harris seorang yang gilakan kuasa, sudah pasti dia tidak akan keluar dari USNO dulu kerana waktu itu dia adalah seorang menteri. Dua kali dia keluar sebagai menteri. Kemudian, apabila dia terpilih sebagai Presiden BERJAYA, senang-senang dia akan jadi Ketua Menteri pertama parti itu apabila berkuasa dulu. Tetapi dia tidak berbuat demikian sebaliknya dia serahkan jawatan itu kepada Tun Fuad".
A.R.Kamaludin
Datuk Harris Salleh
Jom, kita imbas kembali sejarah Datuk Harris....
Semasa dalam pemerintahan USNO dahulu, Datuk ini telah dua kali berhenti dari Kabinet Kerajaan parti itu. Beliau bertindak begitu kerana tidak mahu jadi "YES MAN" kepada semua rancangan pemimpin-pemimpin tertinggi USNO dan kerajaan USNO dan Syed Kechik pada waktu itu. Datuk Harris dikatakan telah melihat penyelewengan, melihat segala yang tidak betul sedang berlaku dalam pentadbiran USNO. Beliau keluar USNO kerana tidak mahu bersama-sama memikul dosa terhadap rakyat, terhadap negeri. Apabila Parti BERJAYA ditubuhkan, Datuk Harris merupakan presiden yang pertama. Beliau boleh mempertahankan kedudukannya ketika itu kalau beliau mahu, kerana sudah pasti beliau akan jadi Ketua Menteri. Tetapi itu tidak dilakukannya. Beliau menyerahkan jawatan itu kepada seorang yang lebih layak, lebih berpengalaman dan lebih dewasa daripadanya: Allahyaraham Tun Fuad. Sebab itulah Allahyarahan Tun Fuad menjadi Ketua Menteri pertama Kerajaan BERJAYA apabila parti itu menumpaskan USNO dalam pilihanraya bersejarah 15 April 1976 dahulu. Padahal, kalau Datuk Harris tidak menyerahkan jawatan presiden parti itu kepada Allahyaraham Tun Fuad, sudah pasti beliau menjadi Ketua Menteri. Datuk Harris hanya menjadi Ketua Menteri setalah Tun Fuad meninggal dunia dalam tragedi kapal terbang.
Pada zaman pemerintahan USNO, rakyat bukan sahaja takut hendak bercakap politik, menubuhkan parti politik malah untuk bertanding pilihanraya pun belum tentu selamat. Sesiapa sahaja yang bertindak menentang USNO sudah pasti akan dihumban masuk ke dalam penjara Kepayan. Kebebasan dan hak demokrasi itu mulai bercambah dikalangan rakyat Sabah semasa dalam pemerintahan Datuk Harris.
No comments:
Post a Comment